June 16, 2008

Pada Tanah Ini

Pada tanah ini yang memerah
ada darah datukku
dahulu menghunus parang
membuang petualang
terkubur bukan kalah
dialah pahlawan bertaruh nyawa
demi tanah ini
bergadai jasad sangguplah jua.

Demi tanah ini tempat berdiri
galang-ganti harga diri
tanah junjungan pertiwi
asyiknya idamkan berdiri sendiri
bunuh itu British!
usir itu Jepun!
biar bercerai kasih
takkan dia berganjak sedikit pun.

Tanah ini tanah bebas
kerana tangan-tangan berdarah itu
melihat neraca hidup seperti roda
yang zalim pastinya tewas
yang benar menanglah jua.

Jaga tanah ini baik-baik
jangan biar retak
jangan biar dipajak
tanah ini ada harta
dari tangan berdarah dahulu
buat warga bumi merdeka.

Sarah Mohd Shukor
16 Jun 2008
3.29 pm
-sebelum mandi untuk ke airport-
-khas untuk Cik Rynn-
Moscow

Rynn, kurang enak harap dimaafkan. Ni je yang mampu difikirkan dalam beberapa minit ni. Huhu. Selamat berjaya nanti! Ok. Mahu mandi! Lalala. Airport bagai melambai-lambai sudah :p





4 comments:

MakcikMuda said...

sarah,mekaseh banyak2.

neh kalau x menang gak,mmg salah ryn yg x reti deklamasi :P

Sarah Mohd Shukor said...

hehe. iyo la tu :p suruh org amik video. pastu kasi sy tgk. nak jgk tgk awk bersajak. hehe~

azlishukri said...

tulisan menarik..tak pernah hantar karya ke DBP atau hadir kursus penulisan di DBP ke? ada masa boleh hantar tulisan sarah ke majalah Dewan sastera, saya editor majalah Dewan Ekonomi turut mencari penulis jika berminat..

umaq_eiman said...

hah sarah kan saya dah kata.

cik azli kena cari awak, mahalnye