June 28, 2008

Aku Bayang-bayang

Aku bukan Shah Jehan
bisa bina Taj Mahal indah buatmu
lalu bersyair di jendela
menyatakan syahdunya cinta
beralun desirnya suara rindu
menambat hati Sang Ratu.

Kerana itu bukan aku
lalu kupinta padamu
izinkan aku menjadi duniamu
membawa ria di setiap waktu
menghapus segenap titik sendu.

Kerana itu bukan aku
kiranya tak sudi kau lihat wajahku
maka berikanku peluang
menjadi bayang-bayang
bersenggang denganmu ku tak mampu
dibenci dirimu ku tak mahu
gerakku di sampingmu di siang hari
tidurku mendampingmu di kala dini
aku di sisi
tak kulari pergi.

Sarah Mohd Shukor
Budapest, Hungary,
20 Jun 2008

Huhu. Ini sajak yang buat tekak saya meloya :p Saya tulis selepas mandi sementara menanti waktu Subuh ketika di Budapest. Punyalah penat ketika tiba di sana. Saya tidur tanpa mandi pun. Terbangun jam 2 lebih barulah saya mandi dan alang-alang Subuh masuk jam 3 lebih, sempat saya menulis sajak ini kerana teringatkan kata-kata dalam filem Head in the Cloud dan kebetulan kerana terpandangkan bayang-bayang sendiri dalam cahaya suram bilik. No offense. Saya akui sajak ini meloyakan =)

2 comments:

snm | snm said...

Salam Sarah :)
Sarah, baca sajak ni. Teringatkan seseorang yang bernama Nubhan :p
sebab lagu dia, Ada Untukmu pun ada sebut camni
"seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya"

sarah, saya tak loya tau baca :)

Anonymous said...

Falin:
haaa! sy tau lagu tu. wkt balik msia, ada jgk la bape kali dgr. n ada beberapa blog yg letak lagu tu. tu sah2 diorg tgh dilamun cinta le tuh. huhu. falin, yeke tak loya? hehe. ni sah2 tgh khayal jgk nih *mcm yg di friendster tu* :p