June 2, 2008

Di Bulan Jun Ini


Jun datang
aku ingin pulang
ke tanah bendang itu
bertemu cintaku
langkah batas-batas sawah
kejar pipit-pipit terbang
nyanyi lagu-lagu alam
bersama dia
di bulan Jun
menebar rindu biar terungkai
mengikat janji biar termeterai

-Sarah Mohd Shukor-
2 Jun 2008
7.10pm
*koya baru lepas makan ubat*

Rancangan masa cuti:
Balik kampung
Pergi Perak
Pergi Perlis
Pergi Kelantan
Pergi Bangi
Pergi **** dengan Nan
Pergi cuti-cuti Malaysia dengan keluarga
Pergi William dengan Kak Inah
Pergi Aquaria insya Allah :p

Exam belum habis, cuti dah terancang. Nasib baik beg belum dikemas. Hihi..

13 comments:

Hafizuddin Awang said...

bila jun tiba,
hati ks seraya gembira,
masakan perlu utknya hiba,
bertemu penglima tempat bermanja.

bila jun tiba,
muncul kad berseri riasnya,
hairan juga perkahwinan siapa,
tunggu dan lihat di hari muka.

**abeslah saya menerima tempelak ks lepas ni. hahaha. tingkatkan kontroversi.

Sarah Mohd Shukor said...

Judin Al-Fonso De' Albuqeque

kamu ni memang saje je ye. sejak ada sajak zikir panglima tu, hari2 kamu kenakan ks ye. nanti ks buat sajak namanya Fatini? nak? huhu. jaga la kamu nanti ok. aisshh..

so, ks tukar nama kamu jd Judin Alfertini De' Alkelantanique.

Ngeh~

p/s: tuan panglima datang, siapla kamu nanti. dia tikam dgn keris. hoho

Hafizuddin Awang said...

andai ditakdir panglima menikam,
bernaungkan fatini hamba pinta,
walhal jodoh masihlah kelam,
kalaupun ada tentulah rahsia.
muehehehe...

**terma penggunaan nama fatini tidak lebih dari niat utk meriaskan rima ayat. tidak lebih dari itu. sori fertyny.

Sarah Mohd Shukor said...

diriku tiada secantik tun teja
apatah selembut gusti puteri
masakan diriku diintai dipuja
meneka jodoh janganlah berani

kalaulah takdir kawannya padi
kupanggil burung teman-temankan
kalaulah fatini sekadar penyeri
langsungkan hajat dipendam jangan


muahahaha.. fertyny la sgt ye ejaannya. modenisasi sungguh. kamu ni mmg nak kena ye judin. aishh..

Anonymous said...

penglime tak pandai bermadah kate
penglime rasa ks byk rencananye
penglime heran pandai ks main pensel kaler
penglime tgk jalan raya tu elok hitam tarnye
penglime rasa ni mesti baru lepas pilihanraye
ke peruntukan untuk kenduri cik ks di kg belah saner?
penglime ada 2 keris saje
tapi bukan nak hunus ke sesape
buat pertahan diri bila berkelane (bukan berkelate)
mcm2 betul bakat cik ks kiter
cemerlang di semua arenerrr (arena hahaha) nampaknyer
dgr cerite, aquaria terbelah airnyer
tapi tipu sajer, tak kan lah dah macam mukjizat Nabi Musa,
penglime balik dulu ler.

Sarah Mohd Shukor said...

aduh, begini pula jadinya
ks sudah malu pula
kerana betul dilawat panglima
dibaca sudah semua cerita
benar tak benar tiadalah sumbernya
simpan dulu buat koleksi di hari muka
aquaria airnya terbelah kisahnya saja
malu ks tertipu sudahnya
jagalah panglima akan ks paksa belanja
sebab buat ks percaya
ah, jalan tar itu bukan persiapan apa-apa
cuma rindu kampung di sana
cinta hati bukan di utara
hati kosong mana nak ada cintanya
kalaulah Ali sayangkan Fatimahnya
panglima pula pastinya sayang srikandinya

cepatla panglima mencari srikandi
supaya dunia tak sepi lagi
nanti hidup berwarna-warni
bolehlah kami tumpang happy
panglima bahagia jadi raja sehari
bersama srikandi menjadi si permaisuri

bolehlah dijemput cik ks dan judin
berpantun untuk pasangan pengantin

p/s: pensel kaler tu sy tonyoh2 je kat kertas tu. buruk amat lukisan tu. tp sbb tema sy sajak&gambar. tak kesah la kan. layan je :D lain la org tu. pandai melukis :p hep kamu. jaga diri! bawak kereta jgn langgar nenek tua. nnti dia tembus. duduk sebelah dlm kereta. tak pun, keluar dr belakang dlm lift mcm yoda.. uwaaa..~

(^^,)v

Anonymous said...

penglime sudah bace
penglime rasa nak layan gerindam jiwe pulaknye
oh hari hujan di luar sane
penglime ambik payung dulu la ye

Sarah Mohd Shukor said...

di sini pun hari hujan
basah bumi dan juga daunan
semoga tiada yang jatuh kegeringan
yang baik-baik saja sentiasa didoakan

Anonymous said...

oooo. sarah update di sini rupenya. hehe.kena beritau org kg la gini. nak balik kampung penang ke sarah? kenduri sana?

Ain Mardhiah said...

nak ikut balik!!! T_T

Sarah Mohd Shukor said...

Anon:
alamak.. sorry sgt. bukan sengaja rahsia2. tp rasanya x ramai yg minat dgn sajak2 segala ni kan. haah nak balik kampung penang. alahai. mana ada kenduri apa pun. jgn terpengaruh dgn drama kt atas nun :D

Ainul:
kamu balik jgk kan ogos nnti kan?

Ain Mardhiah said...

ogos ngan jun jauhnya dua bulan la ks.. mana aci.. dah la ainul cuti sebulan jer.. september dah kena datang sini balik.. huhu..

Pijah said...

kak sarah nk dtg kelantan? wahh. jom date. :p hehe ^^