September 20, 2008

Tamsilan Rindu

Papasan hari-hari
sunyi bening
tamsilan hati hening
di kala jauh.

Dan bunga memenuh
siulan suara riang
di kala bertemu
menebar berita rindu
tatkala tiada.

Dan nanti menjauh
detak rindu berpesan selalu
jaga dirimu
dan aku mengumpul detak
untuk kutulis
puisi-puisi dari hati
kerana
kita dekat di dalam puisi
dan lagu-lagu yang dinyanyi.

Sarah Mohd Shukor
19 September 2008
Kamar 205

Hehe. Mesti ada yang muntah hijau =p Muntah di malam hari saja. Di siang hari batal puasa. Oh. Saya patut bagi amaran di atas sana. Jangan baca jika kamu sedang berpuasa. Hihi =) Gambar pilihan di bawah ini ada kata-kata yang manis dan lebih sesuai untuk sebuah sajak lama yang pernah saya letakkan di sini dulu. [Cinta (i)] Atau, patutkah saya tajukkan sajak kali ini sebagai Cinta (iii)? Heh. Apa-apa ajelah. Tak kuasa pening-pening. Filosofi cinta kalau menurut terjemahan saya memang akan sedikit cacat bunyinya. Jadi, sila jangan percaya. Hehe.

6 comments:

Ain Mardhiah said...

wah22... aura cinta membuak rona nampak.. tamsil itu dalil bisu ks, tapi bias nada seakan menyilau, tak tersirna dek ilham pendeta... ilusi atau hakiki, hamba ternanti realiti mimpi.. sila mengota kata terpateri.. :P still ingat our precious tarikh ks??? (^^,)Y i'm still waiting.. hoho... kontroversi basi diupgrade kembali, biar yg termuntah semua tak jadi.. ~ geylong ~

Anonymous said...

Ainul:
ish kamu ni. selalu je buat tafsiran songsang. ok. mari kita kaji tarikh2 yg penah disebutkan. 090909 - puasa. jadi, tak sesuai. 20092009 - 1st day raya. huh. lg tak sesuai. jadinya, semua benda merepek yg ks merepek tu, mmg kekal merepek selamanya. erti kata lainnya, takde maknanya. huhu. amboi la hai. gelong sakan ye 10 mlm akhir ni :p

Ain Mardhiah said...

hehe.. biasa la.. kadang2 kena songsang arus gak sebab dah lemas menurut alun.. :P alahai, nampak ks kena carik tarikh lain ks.. hehe.. gurau jer.. gelong di sepuluh malam akhir tahun ni atas sebab keterpaksaan.. X_X ramadhan tahun ni cipta sejarah ks, sbb dapat berpuasa tak sampai separuh bulan je.. T_T lain2 semua kena jadi mangsa kes immunity compromise... sobsob..sampai 5 pil kena telan sehari.. wa!!!! habis peluang orang.. ks, meh la skali skala lepak umah orang.. dah berabuk dah ks tak pernah sapu tuhh...

snm | snm said...

Sarah..suka la gambar tu..
suits sgt2 :D
yg pntg, saya baca x muntah, baik di siang hari, ataupun malam hari :p
erm..apakah tarikh tersebut cik sarah akan menamatkan zaman kegadisannya?;p

nonnie78 said...

sarah, cerita cinta?

salam syawal dari akak sekeluarga di msia. mohon maaf atas segala tutur kata menerusi penulisan. nnt bila balik lg ke msia bitau ye kalau nak ke kl, akak tunggu...

p/s: tak leh tinggal msg kt shoutbox! thats why kena guna comment column ni.. sori yeee

Anonymous said...

aku dh draf sajak yg tajuknya rindu. tau2 sarah dh tepek lbh dulu. hehe