September 18, 2008

Mergastua

(Mengenang Nasib Tanah Bangsa)

Menjadi yang disuruh lagi menurut
diarah lagi dikerah
digesa lagi dipaksa
mengiyakan yang ada
benar itu fasal ketiga
pokoknya buat lagi laksana
biar lancar tiada mengonar.

Kiranya kuasa fasal pertama
perut dan keluarga fasal seterusnya
adalah kita tiada beda
sama kurungan dalam kandangan
di mergastua.

Sarah Mohd Shukor
22 Julai 2008
Temerloh, Pahang

Sinikal? Mesti. Sebab saya sayang negara saya daripada terus-terusan dititah-titah oleh orang yang berfikir kurang guna akalnya. Kalau lepas ni saya tak terus menulis, maksudnya cari saya di lubang ISA. Huhu.

5 comments:

Anonymous said...

lantang. ada berani lebih? callow!

snm said...

heh! jgn smpi ada manusia di bwh tanggungjwbnya yg mati kelaparan..
memetik kata abah saya:
"siapa mahu jawab Di Sana?"

sarah mohd shukor said...

Anon:
eh eh. mcm kenal. tp... tak mungkin la plak. berani lebih? ada! sy boleh aje. tp buat masa skrg hanya melalui kata2. nanti2 dgn tenaga plak. sungguh!

Falin:
hah. betul sangat! di sana nanti, sendiri mau jawab la kan.

kylex said...

good poem la,utk pengajaran semua..Kita ada undang2, dun wori :)..

sarah mohd shukor said...

Kylex:
undang2 boleh betul2 jaga kita tak? :p