September 10, 2008

Kerana Kau Raduan

(Buat Mohd. Raduan Emeari, atlet Malaysia di Sukan Paralimpik, Beijing)

Kau kiasan anak masa depan
teladan buat si sempurna
kau di sana tiada kurangnya
biar bicara payah lepas
biar sebutan tiada jelas.

Aku biarkan kau
berlari terus berlari
menjadi halilintar
kerana padamu ada
sinar-sinar yang masih terang
belum kelam
semakin benderang.

Biar apa yang menanti
pun aku biarkan kau terus berlari
menjadi halilintar
dengan doa
satu hari kau akan berdiri di sini
menjadi Raduan milik kami
sekali lagi.


Sarah Mohd Shukor
12 September 2008,
Moscow Yang Sejuk.

4 comments:

cikgu jawe said...

TQ sarah. aku nk print sajak nih bg kt cikgu kelas khas.. boleh kan?

sarah mohd shukor said...

Cikgu Jawe:
oh. cikgu ni.. sajak ni tak cantik mana. lau je sy nanti.

kylex said...

sungguh berbakat betul la cik sarah ni..macam mane la gayanya kalo sy ni cuba buat sajak,mesti hampeh jer..Congrat sekali lagi wat raduan..

sarah mohd shukor said...

Kylex:
cuba kena bukan sekali. kena byk kali. baru akan ok insya Allah. ye. tahniah utk raduan!