Saya menulis gurindam ini semalam di blog DS. Spontan saja karya ini kerana rasa terkilan saya dengan apa yang terjadi. Jadi memang tak indah manalah bahasanya. Dan kemudian disambung oleh kawan saya di ruangan komen. Ini gara-gara provokasi hangat yang terjadi malam tadi. Lengkap sebuah gurindam adat hidup. Saya terkesima dengan apa yang dihasilkannya sebab dia lebih dikenali dengan tulisan-tulisannya di dalam Bahasa Inggeris. Macam ajaib rasanya bila dia menulis sambungan ini. Huhu.
(KS)
Adat meraut buluh,
ada yang luka, ada yang sembuh.
Adat memasang jerat,
ada yang lepas, ada yang dapat.
Adat memakan lada,
ada yang pedas, ada yang terasa.
Adat meniup arang,
ada yang menyala, ada yang padam.
Adat memberi peri,
ada yang puji, ada yang keji.
(NH)
Adat di lambung tinggi-tinggi,
ada yang tergolek, ada yang mati.
Adat yang berkasihani,
Ada yang disayangi, ada yang patah hati.
Adat berdendam,
Ada yang berang, ada yang memendam.
Adat seorang manusia,
Bila dah mati, baru dirindui.
KS - NH
Moscow - Kuala Lumpur
25 Disember 2008
Nota 1: Tak semua yang kita buat serba mengena di mata orang lain.
Nota 2: Terima kasih NH atas khidmat bantuan yang dihulurkan.
6 comments:
Adat laut berombak,
ada ke tanjung, ada ke teluk.
Adat orang berdayung,
ada yang kering, ada yang kuyup.
Adat hujan menimpa,
ada yang lebat, ada yang renyai.
Adat orang yang tabah,
kecundang tidak, sentiasa gagah.
hehehe nak jugak masuk korum.
adat hantu,
datang tak sedar, hilang tiada siapa yang tahu.
haha, tak memasal jek.
Judin:
Makin mantap eh kamu sekarang. Tapi sayembara tu degil jugak kami. KS jugak jadi mangsa sorang :|
Hantu:
Adeh. Sempat sambung lagi tu. Ha. Boleh la layan sekali =p
hoho ks masuk jugak ye. bagus2. sekurang2nya ada wakil rusia.
Judin:
Kamu punya pasal la. Banyak bebenor alasannya hari tu. KS nak merajuk. Ni betul2 ni. Merajuk.
Ni kalau hantar Berita Harian, saya yakin keluar. Entah kenapa editor semacam suka karya-karya ala seloka, gurindam, puisi dua kerat etc.
Cubalah!
-FahdRazy-
Post a Comment