April 25, 2009

Musim Bunga Moscow


MOSKVA di musim bunga,
jadi kota yang sempurna,
tempat idaman semua.

Kuntuman tulip di laman Kremlin
jadi gamitan pencinta seni.
Harum nian bunga-bunganya
jadi ikatan pasangan bercinta.

Siang musim ini yang panjang,
diserikan jeritan dan hilai riang,
kicau burung dan unggas taman,
tari joget pemuda dan perawan.

Silau mata memandang
akan sinar dan bahang suria,
berlatar langit biru damai,
menyerlahkan kehijauan pohonan
dan citrawarna kubah-kubah katedral.

Tenang mengalir reka Moskvi,
jadi susuran kapal menghilir.
Penuh orang di pinggir air,
bila taman Gorki bernyawa kembali,
setelah lama digenangi salji.

Gegak gempita satu kota
dengan karenah manusia,
meriah lapangan merah
dengan pelawat dan peniaga,
dari Fabergé hingga matroshka
segalanya ada sedia diniaga,
benderang malam-malamnya
bermandikan kilauan lentera.

Sungguh musim bunga,
lambang kehidupan,
harapan dan cinta.

Hafizuddin,
Musim Bunga 2009, Moscow.

3 comments:

sarah @ ks said...

Judin,

Tidak dapat tidak, KS tersenyum menghayati wajah kehidupan yang penuh dalam sajak kali ni. Dan yang paling jelas, KS dapat membayangkan segala apa yang masih belum KS saksikan dengan mata sendiri. Sudah berbungakah tulip di tengah bandar? Sudah meriahkan di Gorki Park? KS yakin, beberapa bulan daripada sekarang, KS akan menangis pula bila menghayati sajak kamu ni sekali lagi.

Hafizuddin Awang said...

ks, tadi sewaktu sy di tingkat teratas hospital surgery, sy dpt tgk keseluruhan bandaraya moscow. indah dan lively. tiba2 jd sebak pula bila tbayang yang kita tinggal di sini cuma 6 tahun. jd, sementara kita masih berada di sini, sy nk menghayati dan menikmati sepenuhnya benda2 yg ada di moscow ni. pasti akan rindukan kota ini bila kita dah grad nanti. ks jgnlah bsedih sgt. adat blaja di tempat org memang begitu. ada yg datang, ada yg pergi. kumpulkn seberapa bnyk kenangan manis di sini supaya kita boleh tsenyum tatkala mengenangkannya di hari muka. (tiba2 sy jadi sedih pulak---tinggal 2 tahun saja lagi di sini).

khairil idham ismail said...

bagus bagus bagus atas segala rasa yang ada sekarang...!
sila menghayatinya selagi berkesempatan...kerana kini saya yang berjauhan sudah sentiasa merindui segalanya....

Moscow adalah di dunianya sendiri!