November 8, 2008

Bukan Pagi Biasa

Ini bukan pagi yang biasa,
Tiada nyaman, tiada tenang,
Deru anginnya cukuplah tajam,
Hingga luntur nikmat berjalan.

Suria sugul di balik awan,
Mengintai peluang tipis,
Mengirim sinaran pada insan,
Cahaya yang tak seberapa,
Sekadar penerang tiada panasnya.

Embun pagi belum lagi pergi,
Meski hari kian meninggi,
Ironi,
Namun tidak bagi kami di sini,
Resahku berfikir,
Senggang mentari memeluk bumi,
Kian berakhir.

Dan salji putih pun turun merata,
Mengiringi rentakku pulang dari Rosalima,
Tebar fikirku dapat mengagak,
Musim sejuk bakal bertapak.


KS suka musim sejuk. Namun, saya sebaliknya. Selamat menyambut ketibaan musim sejuk ye warga Moscow.

4 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

hehe. sempat lg kamu kenakn ks ye. walaupun ks suka winter tp ks malas betul nak kena berjalan kaki jauh2 time winter. esk ks start pediatrics. eii.. malasnya nak jalan kaki ke balshaya piragovskaya nun. haa judin. dlm sajak ni kamu kurang pakai ilmu yg senior Fahd bagi. fokus pd subjek ;) tp sedap je dah ni. hehe. selamat bermusim sejuk sonata zima la la la =)

Hafizuddin Awang said...

mana ada kenakan ks. sy tbaca sajak dan tangan didepangkan. seolah2nya ks begitu gembira dgn winter. dan saya sememangnya kurang gemar dgn winter. hehe sori ye saudara fahd, insyaallah sy akan cuba mmperbaiki lagi. slmt bgembira dgn zima ye ks.

Shahril Hisham said...

"Suria sugul di balik awan,
Mengintai peluang tipis,
Mengirim sinaran pada insan,
Sinar yang tak seberapa,
Sekadar penerang tiada panasnya"

judin...
usah terlalu di simpul kata itu
perjelaskan sahaja sinarnya!

Hafizuddin Awang said...

salam ashar. terima kasih utk pandangan tersebut. insyaallah sy akan cuba menghilangkan unsur2 lewah dlm karya2 yg lain. :)