June 28, 2008

Ubat Seribu Jiwa

Dalam suram senja di Keleti Pu
Budapest sendu bermandikan zikir
bergetar hening suara Panglima
melaut gemanya di kota ini
memecah tradisi Budha dan Majusi
mengerah segenap yang bernyawa
kembali pada fitrah buat seketika
tuntutnya menjadi yang tepat waktu
mengejar untung
mengenal Yang Satu
membuang jauh segala nafsu
gemanya lantang beramaran
juga amarah buat si syaitan
suara Panglima tetaplah juara
juara menuba hati batu
ragut dunia mengingat Si Agung
dalam syahdu
Allahu Akbar, Allahu Akbar!
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar!

Sarah Mohd Shukor
Budapest, Hungary,
20 Jun 2008

Saya menulis ini ketika dalam perjalan meninggalkan Budapest menuju ke Bratislava. Cuaca suram seperti senja sedangkan hakikat hari masih petang. Saya terlihatkan kelibat masjid ketika dalam perjalanan dan kebetulan di TV ditayangkan filem The Bodyguard (lakonan Whitney Houston). Terdengar lagu Run To You. Saya teringatkan seorang kawan. Jadi, 'tertulislah' sajak ini. Sekadar untuk diinsafi bersama, tentang solat di awal waktu. Jika di Moscow, kadang kala ada halangan untuk dapat solat di awal waktu. Masih di hospital atau sedang berada dalam perjalanan pulang (bagi waktu Zohor dan Asar). Tapi sejak balik bercuti, tiada masalah rasanya untuk sentiasa solat di awal waktu tapi saya akui di saat tiada halangan nyata untuk menunaikannya, saat itulah halangan batin menjelma. Kadang kala, terasa geram dengan diri sendiri kerana mengutamakan benda remeh lain termasuklah hendak menghabiskan kartun yang ditonton sehingga tepat jam 5 baru hendak solat Asar. 2 hari lepas, saya terlihatkan adik saya, Aiman, bergegas mengambil wudhuk sebaik azan dilaungkan. Kagum saya melihatnya. Sebaik azan tamat, dia terus masuk ke biliknya dan solat. Dalam hati saya berdoa. Kekallah dia begitu sampai bila-bila. Amin. Peringatan buat diri saya, saya sebolehnya akan sentiasa solat di awal waktu, sebaik selepas azan, selagi tiada halangan mendatang, insya Allah. Doakan saya istiqamah.

6 comments:

Shahril Hisham said...

alangkah indahnya jika diri sentiasa menjadi antara yang terawal menyahut seruanNya.

bahawa Allah SWT mengurniakan 5 kurnia ke atas orang yang menjaga solatnya ;

1. Rezeki akan dipermudahkan baginya

2. Dia akan terpelihara dari siksaan kubur

3. Dia akan menerima buku catatan amal dari tangan kanannya di akhirat kelak

4. Dia akan melintasi titian sirat sepantas kilat

5. Dia akan masuk syurga tanpa hisab

moga kita semua akan dipermudahkan urusan untuk menjaga hak kita terhadapNya.

SiR KinG TiGeR said...

All the best

DatOK Zeq
Kelana Jaya,Selangor

Anonymous said...

macam mana pulak tengah elok bercuti budapest semua, boleh muncul encik penglime dekat sana nun.. jauh beno sampai nye.. padahey penglime nya elok berurusan di tanah Melayu.. encik penglime tak khatam lagi ilmu lipat bumi.. penglime baru mahir ilmu jelma di lapang maya saje.. hehe

Sarah Mohd Shukor said...

Bro Ashar:
terima kasih sudi kongsikan fadhilat tu =)

Datok Zeq:
thank u!

Penglime:
dh tu nak buat mcm mana kan. ada trigger2 yg dtg. run to u dan 16 benda dlm alat berbunyi tu. hehe. klu khatam ilmu tu nnti, kabor2 la yek.

Anonymous said...

suka sangat2 sajak nih..
walau pendek tp cukup pengertian.
ingin sekali ku selami perasaan tatkala itu..sunnguh syahdu..ye sarah..perjuangan belum berakhir..takbir!Allahu Akbar!

Anonymous said...

Anon:
terima kasih =)