June 16, 2008

6.43 Petang Yang Sebak

(Jangan Lupa Daku)

Dengung rel bergesel terhenti
memisahkan kami, pada dua sisi
manusia berpusu laju
meninggalkan gerabak kaku
di musim panas yang kering
saat dia melangkah pergi
lantas hati pun sebak
menilik hari muka
mungkinkah ketemu lagi
hanya mampu kutunduk wajah
memandang hujung kaki
mengesat hujung mata
raung berbaki di hati
6.43 petang yang sebak
mengukir satu memori.

Sarah Mohd Shukor
0000
16 Jun 2008
Moscow

1 comment:

Sarah Mohd Shukor said...

sy mengomen di sajak sendiri. haha. takde keje :p sajak ni sgt la ada kesan dlm hati bila sy baca lagi dan lagi dan lagi :(