June 19, 2008

Mahu Tapi Malu

Aku merenung kamu,
Tiap kali bertemu,
Berbicara denganmu,
Sememangnya ku mahu,
Namun lidahku kelu,
Ingin ku beritahu,
Aku suka padamu,
Namun diri ini malu,
Bukan apa aku begitu,
Kerana aku tidak tahu,
Berbalaskah hantaran hatiku,
Andai tangan bertepuknya satu,
Elok ku derap langkah seribu,
Andai berbalas dulang cintaku,
Elok ku karang lagu buatmu,
Sukmaku bukalah pintu,
Moga dapat ku temu,
Cinta sebenar yang satu,
Aku kini hanya termangu,
Bagai terentak ruas ke buku,
Tiada lagi masa menunggu,
Perasaan di hati jangan diragu,
Kelak melepas cinta yang diburu.

Hafizuddin Awang
Moscow City
190608
-apa hal ni tulis macam ni??-

1 comment:

Sarah Mohd Shukor said...

judin oo judin,

sedang dilamun cinta rindu ya? ehehehe ;) org tua bilang, kalau mahu perlu dibilang sama dia. supaya tidak nanti kempunan putih mata. mahu tapi malu konon. ks mahu lihat lama mana kamu malu. ahaks :p

ks suka rima sajak ni. n pemilihan perkataannya. ringkas tp ada susunan yg baik utk menyatakan rasa mahu tu.