February 20, 2010

Khabar Dari KS

Buat adindaku Judin,

Dunia kita memang sepi di sini
jarang-jarang ada angin semilir ke mari
tapi di hati masih adanya cinta
buat bahasa dan seantaranya.

Biar kabus kian menghilang
biar hujan kian mereda
biar panas kian meneduh
dunia kita biarkan di sini
kerana suatu hari nanti
ia yang kita cari
untuk berkongsi rasa dan jiwa
dengan semua
tentang apa yang kita teroka
dan memahat memori suka suka.

Dunia kita istimewa.
Dunia kita relevan selamanya.



Salam dari Malaysia.
KS rindu sama kamu!

=)


**Asalnya nukilan ini dicoret KS dalam ruangan komen sajak di bawah. Namun, secara peribadi saya rasa coretan tersebut cukup istimewa dan menyentuh hati. Dan tak salah rasanya jika saya kongsikan sajak tersebut dengan lebih terbuka di AD ini.

Saya pun rindu sama pada KS! =)

1 comment:

Sarah Mohd Shukor said...

Judin oo Judin... Sempat di publish kan entri ni pulak ye. Huhu. Tunggu weekend ni. KS update kan pulak ye. Semua sajak KS dalam buku lagi. Takde masa nak buat soft copy. Tunggu khabar seterusnya hujung minggu ni ye ^___^