October 21, 2008

Terima Kasih Cinta

Terima kasih hati
kerana tabah atas musibah
dan jalan payah
dalam gugusan kisah sejarah
tatkala kami bernama kita.

Terima kasih mata
atas suaman rasa
simpati meminjam selesa
dalam mengadun sepelaung suka-duka
kisah kami namanya kita.

Terima kasih pena
menjadi kawan bercerita
asbab utama terluah segala
dalam menulis apa kisahnya
semasa kami masih kita.

Terima kasih cinta
berkongsi dua hati
menatap empat mata
berkasih atas pena
melakar satu rasa
sepanjang kita bernama kita.

Walau kini tiada kita
hati, jangan kau rindu.
Mata, jangan kau nangis.
Pena, jangan kau tulis.
Cinta kami sudah tiada
berpisah hujung nyawa.
Terima kasih jiwa
kerana menyimpan nama cinta.


Sarah Mohd Shukor
21 Oktober 2008
Musim Luruh, Moscow

8 comments:

azlishukri said...

teruskan dengam cinta.

Sarah Mohd Shukor said...

sedang mencari cinta.

Ain Mardhiah said...

dua entry sama tema dalam tempat beza2.. what should i say???
p/s: sy pikir yang baik-baik ajer.. hehe...

Sarah Mohd Shukor said...

Ainul:
telahan kamu ini adalah kesilapan yg maha besar (-_-)

Ain Mardhiah said...

opss... siap maha tu..
takpe2.. tarik balik... nak lari~ :/

Anonymous said...

CINTAI TUHAN,,,KASEHI MAKHLUKNYA...!!!

Anonymous said...

very nice soooo I would like to invite you to visit and become friendly with me at my art blog.

I hope you will come by and enjoy the variety of labels, and music videos and experiences as lived here in San Diego.

Great and hope to hear from you soon... see ya

Sarah Mohd Shukor said...

Ainul:
tak usah lari. kamu tak salah. hihi.

Abg Khairil:
kenapa?

Raja Marzuqi:
betul!

Jesse Mendez:
will pay u a visit later. thanks for dropping by.