Ketika terpejam matamu,
Apakah pernah bertanya,
Ke mana menghilang malam mu,
Melainkan bermimpi bahagia,
Hanya tinggal bulan bertingkah di awan,
Bertemankan bintang penyeri kelam malam,
Ketika terbuka matamu,
Bulan sudah pun rebah di kaki pagi,
Lantas nampak pancar mentari,
Apakah pernah bertanya diri,
Ke mana menghala siang hari ini,
Melainkan tugasan selautan berketi,
Hanya keringat peneman diri,
Bersama keserakahan yang menguasai nurani.
Ketika tersedar dari anganmu,
Apakah pernah disesalkan,
Ke mana menghilang angan indahmu,
Melainkan hilangnya sesaga masa,
Tatkala cuma tinggal sinar pudar mentari senja,
Bertemankan detik-detik menuju malam.
Bertaakulanlah sesama kita,
Berteka-tekalah minda,
Cukup seharian edaran masa,
Apakah pernah sekali terlintas,
Ke mana menghala hidup dan cita,
Simpati pada mereka yang hidupnya
Cuma menuruti gerak usia,
Sisa-sisa hayat terbazir begitu sahaja,
Hidup hanya sekali,
Usahlah kita terlupa diri,
Waktu dibekal diguna seindahnya,
Kerana jangan sesekali kita lupa,
Hembusan nafas ini hanyalah sementara,
Tiba detik nanti pastinya terpisah,
Lantas tiba hari yang sepi,
Hari-hari yang abadi....
November 9, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
serius incik judin yg tulis ini sume? gnas2. tahniah.
knape?~~ tak percaya?~~ kekeke.
Post a Comment