October 30, 2008

Salam Buat Mogadishu

Kepada Rohaa,
Apa kucatat ini satu khabaran gembira.
Aku kini lulus berjubah putih,
pangkatku baik, pasti jerih berbalas sengih.
Aku kini boleh pulang,
terbang merentas alam, pulang ke sarang.
Kau tunggu aku di sana,
aku rindu senyum tawa kita,
dalam pondok usang baringnya Nenek Husnaa.
Aku rindu batuk kokol si tua itu,
masihkah dia ada?
Syafakillah buatnya dari benua Asia.

Usah khuatir, Rohaa.
Aku pulang sebagai aku yang sama.
Cuma aku bukan seorang.
Bersama pasukan hulubalang terbilang.
Misi kami di Mogadishu hanya dua:
Rawati semua, ubati jiwa.
Juga pulihkan maruah agama.

Moga-moga,
tiada lagi melarat sakit,
kuranglah batuk-batuk pedih itu,
yang buat ulu hatiku menangis
melihat orang kita derita, mati, dihina
dan diseksa.
Aku pulang nanti
untuk membasuh kota Mogadishu.


Sarah Mohd Shukor
30 Oktober 2008
Ptisiopulmonology Hospital,
Kota Moscow, Rusia.

Sajak ini ditulis kerana terkesan dengan mangsa Tuberculosis yang tidak pernah berkurang di bumi Somalia. Kadar kematian adalah sangat tinggi di sana terutamanya di bandar-bandar kecil tempat bertumpunya penduduk yang beragama Islam. Bantuan antarabangsa yang tiba di sana adalah terhad daripada WHO dan sebuah NGO Kristian daripada Amerika saja. NGO Islam seperti FIMA di manakah mereka? Semoga ada penyelesaian yang lebih baik di hari muka.

Nota: Saya semakin ketandusan idea untuk menulis. Saya rasa kosong. Apa yang saya tulis kebelakangan ini tiada jiwa. Pertamanya mungkin kerana saya kurang membaca tulisan-tulisan bestari para penulis profesional semenjak sebulan ini kerana tuntutan studi yang padat setiap hari. Keduanya mungkin kerana saya semakin tidak kreatif. Sebetulnya, saya memang tidak pernah menulis dengan baikpun selama ini. Saya kena caj kuasa dalam diri saya ni agaknya. Semoga berjaya!



9 comments:

Anonymous said...

Setiap yang baharu iaitu makhluk, sentiasa berhadapan dengan yang baharu berterusan, pada mulanya sayang kemudian benci. Adakalanya satu perkara itu kita benci akhirnya suka. Adakalanya sihat, kemudian sakit pula, kemudian sihat, selepas itu sakit lagi. Begitulah seterusnya sifat hamba, yang tidak berubah hanya Tuhan.

Anonymous said...

salam sarah :)
smlm terbaca nukilan dari Abang Sarah..Khairil Idham Ismail..di Mingguan Malaysia..

sarah..sedih kn dgn mrk di Somalia..muahasabah utk diri sndr bila stp kali mkn, xdpt habiskan..mrk di sana??

Sarah Mohd Shukor said...

Raja Marzuqi:
...

Falin:
bunyinya ayat tu mcm dia abg kandung sy :D bangga sy sajak dia keluar paper lg. erm. ada yg makan pasir n gigit2 ranting je.

Anonymous said...

saya tau..dia bkn abang kandung awak :p kn saya ckp, saya dh baca entry awak dr mula awak blogging sampai la ni :P yg psl adik awak tu pun (yg comment dlm DS), saya tahu gak..heheheh :p

x blh baca lama2 sajak ni..sronok baca & hayati sajak awak..tp buat saya makin lama berjurai2 air terjun ni :P

Anonymous said...

Falin... falin... pengkaji sungguh awk ye. hehe

Ain Mardhiah said...

ni pengalaman ke pembayangan?

hurm, teringat kat khemah pelarian palestin kat sini.. sedih sungguh sebab bleh tolong tengok je... T_T

masuk campur sket: ks memang ramai adik-beradik tak kandung.. merata ceruk alam.. hikhik...

Sarah Mohd Shukor said...

Ainul:
kt sana ada khemah pelarian Palestin ye? ks tau ks ada sorg je. yg paling utama. lain2, erm.. belakang kira. hehe

Ain Mardhiah said...

ada je.. siap besar lagi.. beribu-ribu penghuni dia.. huhu.. sedih tau bila tngok diaorang...
siapa orang tu ks? versi abang, adik, kakak, atau ayah? haha..

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

السـَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ
Salam Persahabatan dari Ampang.
Tahniah, sajak yang menarik dan cukup menyentuh perasaan.Semoga ianya menyedarkan dan memberikan kita seribu satu keinsafan