September 21, 2008

Se débarrasser de ........!

Niatnya menjangkau minda,
riuhnya gempita menebar berita,
usahanya bagai esok sudah tiada,
hasrat hatinya mulia,
bejat jadi saksama.

Aku tunggu,
dan tetap tunggu,
tak kira berapa lama pun.

Cendala dihunus perlu,
lagi dibiar lagi menipu,
kasta bawahan diam kelu,
lagi melawan lagi diburu.

Sulam harap dalam doa,
selamatlah kamu sentiasa,
bebas berjuang dijerat tiada.

Aku harap,
dan terus berharap,
walau capainya masih gelap.

"Kuotasi Lelaki Misteri"

11 comments:

Anonymous said...

Judin, sajak ni mcm sambungan kpd sajak Mergastua! bagus3. kita sealiran. huhu.

tapi ni nak tegur sikit. moga jadi panduan utk kita bersama ye. sbg orang yg dah arif, kamu tak patut lagi ulangi kesilapan yg sama. tanda baca sila jaga dengan baik k. seperkara lagi tentang tajuknya tu. apakah? mungkin ks je kot yg tak faham dan org lain faham tp itulah tanggung jawab kita utk memberi org faham apa yg kita tuliskan, kan? =)

hah. sah dah kamu la lelaki misteri tu. lagi mahu membuat onar ye. jaga kamu :p

Hafizuddin Awang said...

salam ks, lepas baca mergastua, trus trasa nak buat nukilan berunsur yg sama. sy dah btulkan sket2 ralat. bukan apa, taip dlm wordpad. tu jadi bnyk kesilapan bila copy paste ke sini. slamat braya di moscow buat kali trakhir ks. jgn sedih2.

Hafizuddin Awang said...

owh lupa, bukan sy la lelaki misteri. sy cuma menjadi juruckp utknya sahaja. trima kasih.

azlishukri said...

saya link blog ini.

Ain Mardhiah said...

salam kenal to senior hafizuddin n salam dah lama kenal to ks.. ^_^
actually nak tanya, amendekah maksud tajuk puisi the latest ni? lelaki misteri ke? bahasa france ke tu? lagi satu, sikit nk pebetul. lepas koma huruf kecik kan, setiap permulaan rangkap tu agaknya tersilap pandang kot. Suppose huruf besar..(^^,)Y well, slamat menulis!

p/s: tabik toing2 pada orang yg sllu ada idea nak berpuisi.. ^^,

Hafizuddin Awang said...

salam kenal juga pada ainul. mmg tajuk tu dlm french. maksudnya get rid of ............ trima kasih utk teguran tu. selamat bpuasa dan slamat hari raya buat ainul dan juga azli. :) trima kasih sbb sudi bertandang ke sini.

Anonymous said...

Saudara Azli:
terima kasih. kami berbesar hati mendapat kunjungan saudara ke sini.

Ainul:
banyak membaca, banyaklah idea =) banyak 'merasa' pun banyaklah juga idea. huhu.

Ain Mardhiah said...

aaa.. betula tu.. mmg sy dah jumpa maksud dlm french. tapi tak dpat tangkap kaitan puisi ngan maksud tu.. so, tu takut salah paham tu.. manalah tau kna kot2 bahasa lain maksud lain.. ^_^ slamat berpuasa n slamat hari raya juga! ks, apa makna yg 'merasa' tu? tak paham.. makna ikut arus takde, makna songsang pun sy tak de idea.. so, maknanya apa? merasa buat puisi selalu kah?

Shahril Hisham said...

Salam Judin & Sarah,

bebaskan hasratmu
usah biar ia terpenjara
katakan
apa yang tersirat
tak salah menyata
kata hati yang tulus

selamat membebaskan hasrat

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

ANEH KERJA TUHAN

Aneh kerja Tuhan

Pelik kita dengan kerja Tuhan

Kita pun tidak tahu apa hikmah sebenarnya

Tapi kita yakin setiap kerja Tuhan itu mesti berhikmah dan ada pengajaran

Cuma kita tidak dapat menyingkap rahsia-Nya

Mari kita lihat sedikit kerja Tuhan

Memang pelik dan unik

Apabila Allah Taala murka kepada seseorang, didorongnya orang itu berlaku zalim pada seseorang

Agar dia derhaka dan berdosa

Bila Tuhan cinta kepada seseorang, dia dizalimi oleh seseorang

Maka dia pula mendapat pahala menghapuskan dosanya

Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj

Ertinya mendapat rezeki secara murka

Kemudian dialirkan sebahagian rezeki kepada seseorang yang bertaqwa dengan tidak ikhlas

Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur

Aneh yang memberi tidak dapat pahala, yang kena beri dapat pahala

Begitulah seterusnya sebagai satu contoh lagi

Apabila Tuhan murka kepada seseorang, didorongnya orang itu memaki seseorang

Kemudian jika Tuhan cinta kepada seseorang, dibiarkan dia dimaki oleh orang

Mengapa orang yang Allah murka dibenarkan menyusahkan orang?!

Tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang

Aneh kerja Tuhan

Kalau kita tidak faham mungkin kita menyalahkan Tuhan

Maha Besarnya Tuhan daripada melakukan kesalahan

SALAM UKHWAH...SALAM IDULFITRI...saya link blog saudara.