Memilih tidak salah
Kalau tahu ke mana arah
Memilih tidak salah
Kalau tidak takut tersalah
Memilih tidak salah
Kalau sanggup menempuh susah
Jangan kerana dilihat puas
Hati jadi buas
Mahu terus dapat dengan pantas
Dalam genggam adanya intan
Tapi kerana kaca dalam lautan
Intan terlepas, kaca menghilang
Diri lemas diterjah gelombang
Berpaling daratnya jauh
Bersampan tiadanya sauh
Diamlah kau di situ
Diikut hati jadilah begitu
Diikut rasa jadilah binasa
Diamlah kau di sana
Fikirlah sebagai dewasa
Fikirlah sebagai pendita!
Kalau tahu ke mana arah
Memilih tidak salah
Kalau tidak takut tersalah
Memilih tidak salah
Kalau sanggup menempuh susah
Jangan kerana dilihat puas
Hati jadi buas
Mahu terus dapat dengan pantas
Dalam genggam adanya intan
Tapi kerana kaca dalam lautan
Intan terlepas, kaca menghilang
Diri lemas diterjah gelombang
Berpaling daratnya jauh
Bersampan tiadanya sauh
Diamlah kau di situ
Diikut hati jadilah begitu
Diikut rasa jadilah binasa
Diamlah kau di sana
Fikirlah sebagai dewasa
Fikirlah sebagai pendita!
-Sarah Mohd Shukor-
-Kota Moscow-
31 Mei 2008
-Kota Moscow-
31 Mei 2008
1 comment:
salam kak sarah...
kak sarah.....nak copy paste sajak ni dekat blog saya boleh x?? hmm lagi satu, kalau kak sarah dah habis exam, boleh tak saya nak ambil masa kak sarah sikit...saya ada sesuatu nak tanya pada kak sarah...
Post a Comment