Berselendang putih
Bersongket warisan,
Senyuman melirik
Pada yang memandang,
Sopan tutur bicara
Adat tak tercela,
Kepada yang tua
Berhemah lakunya.
Rambut tak terpandang
Rapi bawah tudung,
Pria yang memandang
Rindunya bertahun,
Lembut wajahmu
Warisan Melayu,
Peri dan zahirmu
Mencuit kalbu.
Duhai Sarah,
Syair hamba syair memuji,
Syair tidak bersulam keji,
Syair hamba ikhlas dari hati,
Syair hamba memuji putri.
**Kerana terlalu bosan membaca untuk kertas akhir Mikrobiologi, apa salahnya mengisi masa dengan mengarang. Pendek, tapi penuh makna. Dedikasi khas utk rakan kongsi-->KS.
December 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam Judin.
Terharunya ks baca ni..
Terasa nak menitis air mata..
Terima kasih sgt2..
Ada jugak yg nak buat puisi utk ks ye..
Terima kasih boss Judin!
Sungguh. ks terharu!
sama2...jgnla tharu sgt ks..kan judin tersyok sendiri plak nanti..hihihi.
waaaa... layan syair pulak... best jugakkk..
Judin: syok sendiri tunjuk kt diri sendiri boleh la. tahniah utk microb! u did it!
Kelat: 1st time sy baca trus rasa sebak. dh la pagi2 buta wkt tu. cam nk nagis je rasa. hehe
judin,bile ko nak tulih utk aku plak?
kuikuikui
eh,ko jgn terkejut fatt..skali mintak,terus dpt!haha
nantila bila2 senang dan ada ilham, aku buatkan bukan saja utk fatini, bahkan utk pena skali..hehe.
Post a Comment