Saya menulis gurindam ini semalam di blog DS. Spontan saja karya ini kerana rasa terkilan saya dengan apa yang terjadi. Jadi memang tak indah manalah bahasanya. Dan kemudian disambung oleh kawan saya di ruangan komen. Ini gara-gara provokasi hangat yang terjadi malam tadi. Lengkap sebuah gurindam adat hidup. Saya terkesima dengan apa yang dihasilkannya sebab dia lebih dikenali dengan tulisan-tulisannya di dalam Bahasa Inggeris. Macam ajaib rasanya bila dia menulis sambungan ini. Huhu.
(KS)
Adat meraut buluh, ada yang luka, ada yang sembuh.
Adat memasang jerat, ada yang lepas, ada yang dapat.
Adat memakan lada, ada yang pedas, ada yang terasa.
Adat meniup arang, ada yang menyala, ada yang padam.
Adat memberi peri, ada yang puji, ada yang keji.
(NH)
Adat di lambung tinggi-tinggi, ada yang tergolek, ada yang mati.
Adat yang berkasihani, Ada yang disayangi, ada yang patah hati.
Adat berdendam, Ada yang berang, ada yang memendam.
Adat seorang manusia, Bila dah mati, baru dirindui.
KS - NH Moscow - Kuala Lumpur 25 Disember 2008
Nota 1: Tak semua yang kita buat serba mengena di mata orang lain. Nota 2: Terima kasih NH atas khidmat bantuan yang dihulurkan.
There are times there are people longing for freedom. There are people who stay even when the time washes away. There are people who leave even when freedom is almost to lead.
There would be strife fetter a greater life to agree what the world disagrees to set you free from all the tyrannies.
If it is a fear you would dispel come by dear I tell you a spell though it's hard to cast off but we may try to cut the handcuff.
So long the freedom is hidden so long it is left unspoken there can be no right in the twisted sight thus so long to the dazing light. When the rhyme ends the unspoken freedom begins to rise in.
Sarah Mohd Shukor Pushkin Hostel 15 December 2004
Nota: Baru tersedar bahawa sajak itu sudah berusia 4 tahun lebih! Saya tulis ketika di tahun 2 dulu. Punyalah dah lama! (sekarang saya rasa sajak ini sangatlah buruk) =p
I want to be your sun But I doubt you hate the shine I want to be your stream So we can share our dreams And that's why I want to be your honey So that I can love you many
Oh I want to be your shadow We won't be apart even when you are on the pillow
I love your smiling face My heart running without a proper pace I love when you call me dear My eyes blink into tears And that's how you touch me darling Just with smile and a simple caring
Oh My heart mellows when you say hello My heart grows fonder when you are not here
I want to be the air That you fear to share I want to complete you But I doubt I would scare you I want to love you But I doubt you just see me through
Oh please Let me be yours lovely So you can be my darling
Sarah Mohd Shukor 14 December 2008 Moscow
Note: Is there anyone who knows how to compose song? Please do one for me. Hehe.
Wahai kisah setahun dulu nyahlah kau dari sini kau tak diperlukan lagi. Aku bukan main-main benci aku melihat kau memusing.
Aku serius berkata-kata. Aku ada terompah kayu yang boleh kubaling padamu. Biar benjol. Biar semua tahu itu kau yang dulu.
Kau yang memperbodohkanku dan aku yang diperbodohkanmu.
Sarah Mohd Shukor 12 Disember 2008 Moscow
Nota: Sajak bodoh-bodoh pertama saya. Seronok juga menulis tanpa mematuhi syarat sastera begini. Pantulan jiwa sungguh. Sajak bodoh-bodoh sesungguhnya adalah sangat jujur.
Aku ingin menghadiahimu sebuah sajak, yang penuh udara, lagi menenangkan, yang penuh cinta, kisah di musim bunga, yang penuh di dalamnya, cerita tentang kita. Aku ingin menghadiahimu hajatku, hajat agar kita tidak lagi naif, tidak lagi cemburu, hajat ibarat matahari dan api unggul, hajat yang jernih suci seperti air bukit mengalir, hajat yang sempurna seperti dirimu.
Kau inginkanku, nyanyikan lagu rindu buatmu. Merawatmu, merawatmu dari luka kesepian. Kau inginkanku, menghadiahimu sebuah lagu. Lagu tentang cinta, tentang cinta dan perpisahan. Walau bersakitan aku sepanjang musim bunga, memerah fikiran, tetap jua aku fikirkan, frasa-frasa cinta, lalu kutulis dan kusatukan, di atas helaian kertas nipis lagu cinta diciptakan.
Aku ingin menghadiahimu tujuh helai nota, biar siang, biar malam, biar berpanas api, biar berlecah air. Semuanya hanya bagaikan kulauan kilat di musim bunga, yang membawa tujuh helai nota magis penuh sepi. Aku masih ingin menghadiahimu sebuah sajak, yang penuh udara, lagi menenangkan. Aku ingin menghadiahimu cinta, sebuah cinta yang bukan hanya sebuah frasa, sebuah cinta yang penuh makna.
Dan aku tetap mahu. Mahu menghadiahimu cinta itu.
Diterjemah oleh, Sarah Mohd Shukor Moscow 17 November 2008
Lagu ini hasil karya seorang pemuda yang bukannya seorang penulis lirik, Pavel Zhagun. Beliau merupakan seorang yang meminati sajak dan ketika sajak ini ditulis, beliau masih lagi menuntut di sebuah institut dalam jurusan Ekonomi dan Statistik. Kebetulan, beliau berkawan rapat dengan salah seorang anggota kumpulan Korni dan kumpulan tersebut tertarik dengan bait-bait sajak yang ditulisnya. Maka kemudian, berdasarkan sajak ini, sebuah melodi telah dicipta khas supaya sajak ini dapat dilagukan seperti lagu biasa. Saya kira ramai yang berpendapat lagu ini hanya sebuah lagu biasa yang membawa mesej cinta dan pengorbanan. Tetapi saya melihat lagu ini dari aspek puitis yang terdapat di dalamnya. Jika dihayati di dalam lagu ini, unsur rima dan pengulangan sangat banyak digunakan dan teknik ini berjaya menampakkan penekanan atau kebersungguhan si penulis untuk menyatakan cintanya.
Hehe. Ini kali pertama saya mengulas lagu/sajak mengikut teknik penulisan sajak. Tapi saya kira, lagu ini ada unsur harmoni dan manis yang disusun dalam bait-bait yang bersahaja tetapi lembut dan menyentuh hati. Saya suka lagu ini =)
Ini bukan pagi yang biasa, Tiada nyaman, tiada tenang, Deru anginnya cukuplah tajam, Hingga luntur nikmat berjalan.
Suria sugul di balik awan, Mengintai peluang tipis, Mengirim sinaran pada insan, Cahaya yang tak seberapa, Sekadar penerang tiada panasnya.
Embun pagi belum lagi pergi, Meski hari kian meninggi, Ironi, Namun tidak bagi kami di sini, Resahku berfikir, Senggang mentari memeluk bumi, Kian berakhir.
Dan salji putih pun turun merata, Mengiringi rentakku pulang dari Rosalima, Tebar fikirku dapat mengagak, Musim sejuk bakal bertapak.
KS suka musim sejuk. Namun, saya sebaliknya. Selamat menyambut ketibaan musim sejuk ye warga Moscow.
Wahai orang yang mulia hatinya, sudah lama aku menyusah batin tenggelam dalam mujahadah. Aku tiada siapapun di sini kecuali Allah menemanku tapi kau datang dengan suara penyejuk jiwa. Aku ingin menjadi yang halal bagimu yang akan kau pimpin tangannya kau dakap dirinya. Puas aku berdoa tapi kau tak juga sedar.
Aku hanyut dalam pasrah selamanya Allah penemanku dan semoga kau tak pernah tahu.